KOMEDI SERAM KORUPSI DEWAN SEMANDUNG

KOMEDI SERAM KORUPSI DEWAN SEMANDUNG


Sebelum ini kita sering melihat wajah aktres tersohor Fauziah Ahmad Daud di hadapan lensa kamera berlakon atau mengacara program. Kali ini pelakon serba boleh itu lebih selesa berada di belakang tabir sebagai penerbit pula.

Menerusi produksi Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, Fauziah atau mesra dengan panggilan Kak Ogy sebagai Pengarah Urusan syarikat tersebut bakal menerbitkan sebuah Teater Komedi Seram - Korupsi Dewan Semandung.

Teater arahan Khir Rahman dan skrip oleh Aloy Paradoks & Rayza Mukmin itu akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya selama tiga hari bermula pada 28, 29 Februari hingga 1 Mac 2020.

Diantara barisan artis yang akan menjayakan pementasan tersebut ialah Vicha, Tauke, Azrul, Chemat, Abam, Mark Adam, Joey Daud, Tapai, Chiwan, Dr. Maza (Prof. Dato Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin) dan Khir Rahman. Turut memperkenalkan pelakon baru iaitu Hanna Halim.

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa Dr. Maza ada juga terlibat dalam pementasan teater ini? Mesti Mufti Perlis itu ada sebab tersendiri untuk beliau turut serta dalam pementasan ini.
Teater bergenre komedi seram ini berkisar tentang sebuah dewan yang menjadi tempat berkumpulnya orang kampung untuk menjayakan pelbagai acara di situ.
Bagaimanapun Dewan Semandung menjadi sepi setelah berlaku beberapa kejadian yang menyeramkan dan penduduk tidak lagi berkunjung ke situ.
Namun Tuan Sri Jaya cuba menggubah persepsi penduduk setempat dan mahu menghidupkan semula dewan tersebut supaya kembali aktif.
Berbekalkan dana yang ada, Tuan Sri Jaya mahu cari anak-anak kelahiran kampung Semandung pulang ke kampung dan terlibat sama dalam aktiviti seni.
Berjayakah Tuan Sri Jaya mengumpul semua anak-anak muda kampung Semandung untuk bersamanya menghidupkan semula kemegahan Dewan Semandung??
Benarkah dewan itu berhantu dan menjadi lokasi hantu-hantu lepak atau atau manusia yang berperangai hantu di kampung tersebut??

Untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku di Dewan Semandung, jangan lupa untuk menghadirkan diri di Istana Budaya menonton pementasan yang pasti menghiburkan hati anda.

Time:
8.30PM

Ticket Price
RM58 – RM258

Cast

Crew

More from Theatre

See all
The Tempest

The Tempest

Theatre Mar 25–31, 2020
And Then Came Spring

And Then Came Spring

Theatre Apr 3–5, 2020
The Other Story of Ah-Q《阿Q外傳》

The Other Story of Ah-Q《阿Q外傳》

Theatre May 14–17, 2020